PROGRAM PEMENTORAN (MENTORING & COACHING) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2023
PROGRAM PEMENTORAN (MENTORING & COACHING) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah akan melaksanakan Program Pementoran (Mentoring & Coaching) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
3. Program Pementoran merupakan program pembelajaran berterusan yang mampu memperkasakan pegawai-pegawai yang berpotensi besar dalam sesebuah organisasi. Program ini melibatkan proses perkongsian kepakaran dan kemahiran secara berstruktur di antara pegawai yang lebih berpengalaman dengan pegawai yang ingin meningkatkan kompetensi dalam dunia kerjaya mereka.
4. Untuk makluman, seramai 76 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana telah dicalonkan oleh Ketua Jabatan masing-masing sebagai mentor dan menti bagi Program Pementoran (Mentoring & Coaching) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang akan berlangsung selama enam (6) bulan mulai Mei 2023 sehingga Oktober 2023.
5. Sehubungan itu, mentor dan menti seperti di Lampiran A adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri program tersebut yang akan dilaksanakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 17 - 18 Mei 2023 (Rabu-Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan INSPIN (Institut Pengurusan dan
Integriti Negeri Kedah Darul Aman)
Jalan Masjid Sultanah, Alor Setar
Tentatif : seperti di Lampiran B
6. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBhg.Dato’/ tuan/ puan boleh menghubungi Encik Mohd Hanizam bin Mansor (Pegawai Psikologi), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di sambungan 7508 atau melalui emel mohdhanizam@kedah.gov.my.
7. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Dato’/tuan/puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
Saya yang menjalankan amanah,
t.t
(SUNITA BINTI ABDUL AZIZ, AMK., BCK)
Setiausaha Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia
b.p. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Ulasan
Catat Ulasan