MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMENTORAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2023
Assalamualaikum,
YAA Dato’/YB. Dato’/YBhg. Datuk/Tuan/Puan,
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMENTORAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah mula melaksanakan Program Pementoran bermula pada bulan Mei 2023 hingga Oktober 2023. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan menggunakan pendekatan bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor bagi pembangunan diri menti, melibatkan aktiviti perhubungan pemindahan kemahiran personal, profesional, budaya serta sosial.
3. Sehubungan itu, pentadbiran ini menjemput pasangan mentor dan menti di LAMPIRAN berkelat untuk hadir ke Majlis Pelancaran Program Pementoran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2023 seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 06 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Jamuan Negeri, Aras 6, Blok E
Wisma Darul Aman.
Aturcara : Seperti Lampiran
4. Mohon kerjasama pihak YAA.Dato’/ YB.Dato’/ YBhg.Dato’/ YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan untuk mengemukakan borang pengesahan kehadiran seperti lampiran berkelat selewat-lewatnya pada 01 Jun 2023 melalui e-mel unitkaunseling@kedah.gov.my untuk tindakan selanjutnya oleh pentadbiran ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi urus setia berkenaan En. Mohd Hanizam bin Mansor (04-7027508) atau Pn. Noryusniza binti Awang (04-7027250).
5. Segala kerjasama dan perhatian pihak YAA Dato’/ YB.Dato’/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA-NIKMAT UNTUK SEMUA”
Saya yang menjalankan amanah,
t.t
(SUNITA BINTI ABDUL AZIZ, AMK., BCK.)
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
b.p. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman


Ulasan
Catat Ulasan